//PINK.P!
Follow Dashboard
Memotivasikan diri :)
Tuesday, January 14, 2014 | 0Superstar (s)!

Dilukai dan melukai,
Disakiti dan menyakiti,

Sedih.
Pedih.

Segalanya tersimpan rapi,
Jauh di sudut sanubari,
Kerana tak kan ada yg mengerti,
Selain DIA Rabbi!

 





Assalamualaikum semua :) hehe. rajin pulak cik atiqah ni nak 'mengupdate' blog.hee.bukan apa,kalau time rajin and bosan update lah blog.lagipun kalau korang bukak blog ni mesti korang baca benda yang sama je. mesti korang pun dah muak kan ? haha okaylah, harini i will promise yang saya akan rajin sikit nak mengupdate blog. hmm, actually, harini cuti untuk menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad kesayangan umat Islam.btw, Salam Maulidur Rasul :) ingatkan harini nak siapkan semua HOMEWORK yang ada and yang tertangguh, tapi malangnya, mood nak buat homework hilang. haha. okay, korang mesti dah tengok kan gambar dekat atas tu ? haaa, yang itu adalah salah satu kata kata motivasi untuk menaikkan balik semangat yang dah hilang apabila bersedih. siapa yang alami nasib yang sama WAJIB baca blog ni okay ? hehe.Kita manusia tidak pernah lari dari masalah sama ada kecil atau besar.namun, setiap masalah itu ada penyelesaiannya.Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu hidup dalam kenangan..walau sesedih mana pun kita, walau seberat mana pun ujian yang kita terima, ingatlah bahawa masih ada yang menemani kita dan sudi mendengar luahan hati kita and sangat memahami situasi yang kita sedang lalui.Dialah Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang and Maha Pendengar :) so tuntasnya, bila kita bersedih, mengadulah dan mintalah bantuan dari-Nya. pasti Dia akan beri kita pertolongan pada waktu yang tepat.sesungguhnya, Allah tahu apa yang lebih baik untuk kita. sesungguhnya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. think positif ye semua :))

One Of My Idol
Monday, January 13, 2014 | 0Superstar (s)!



Assalamualaikum you olls ! muehehe. rajinnya lah saya 'membuat karangan' yang tak seberapa di blog. hehe. almaklumlah untuk 'membaikpulihkan' hati yang sedang sakit memendam berbagai bagai rasa. heee. okay okay. try untuk taknak sedih. dari awal tahun lepas lagi asyik sedih aje.. sikit sikit nangis. cengeng betul >,< okay, harini i nak cerita you all pasal "ahjusshi' yang dalam gambar tu kat atas tu.. hehe. ahjusshi ? wow. i speaking korea lah :O ejaan entah betul entah tak. huh. abaikan kalau ejaaan dia salah. hehe. okay, korang kenal siapa dia ? okay, jawapannya mesti ada yang kenal dan mesti ada yang tak kenal. haha. okay, siapa yang dah kenal tu,buat buat tak kenal okay.hee. inilah dia orang yang bernama Steve Barakatt. hensem ? heehee.ada banyak idol saya sebenarnya.salah satu yang paling saya suka Lee Taemin (shiNEE) hipp hipp hooray. nanti i story mory dekat you all pasal taemin. wait for my next entry ye ? hehe.Steve lahir pada 17 May 1973 dekat Quebec City,Quebec,Canada.dia ni seorang canadian composer,music producer,pianist and singer.Masa dia umur 4 tahun, dia jatuh cinta dengan muzik and mula belajar piano.lepas 10 tahun dia belajar classical music, then dia switched to jazz. and now, he is a successful man ! wahaha. best gila bila dia main piano.cair bila tengok dia main piano.one of my favourite song dia ialah rainbow bridge. best gila. bila bukak blog saya , ada lagu yang best akan kedengaran. ahha. tulah lagu rainbow bridge. cuba dengar and feeling sikit dengar lagu tu ye?hehe .i give u 3:03 minutes to listen. ..............okay.3:03 minit dah berlalu. okay, dah dengar ? best kan ? huhu ~ okay, sampai sini dululah ye. jari i penat you asyik menaip dari tadi. haha. bye bye. assalamualaikum semua. take care yaww !

bergembiralah wahai hati :(

Assalamualaikum semua :) aummcak :P hello holla helli. hehe. apa khabar semua kawan kawanku? adakah anda semua sihat ? huwaa. setelah sekian lama tak udate blog, sekarang baru nak update. dah bersarang,berdebu, berhabuk dah blog ni. orang lain punya blog dah ada macam macam dah yang dorang update, but me , krik krik krik. haish. apalah -,- honestly, saya memang malas nak update blog ni. tapi.... harini rasa rajin sangat sangat. sebab apa ? nak tahu ? hmmm. saje je nak luahkan hati yang terpendam selama ni. :\  ada macam macam rasa dalam hati ni. sedih, happy,kecil hati,sakiit hati semua ada~hmm, actually, dalam hati ni kegembiraan hanyalah tak sampai 5% je :( well, banyak benda yang sedih sedih berlaku :( okay, sekarang tengah tulis blog pun dah habis sekotak tisu daah. almaklumlah, bila hati dah tak mampu menanggung kesakitan yang dialami, hanya air mata yang menjadi peneman setia. ewahh! ayat i macam berbunga je. sikit jelah. hee. hmm, bestnya dengar orang dekat masjid ni buat marhaban. maklumlah untuk menyambut maulidur Rasul esok :) huh, tenang sikit hati yang lara ni. kenapa banyak sangat saya bersedih ni ? orang lain semua  happy, but saya ? hanya pura pura tengah happy :( how pathetic. inilah masalah yang dialami kalau hati tersangat sangatlah SENSITIF ! very sensitive. nak buat macam mana kan, dah memang ditakdirkan saya ni seorang yang sensitif. dah try banyak kali dah jangan ambil peduli semua sindiran orang,tapi yelah kita  manusia biasa. kadang kadang terfikir jugak apa yang orang cakap dekat kita.kadang kadang gurauan juga mampu menyakitkan hati. maklumlah lidah manusia memang tersangatlah berbisa. kadang kadang boleh jadi lebih berbisa dari bisa ular tedung selar ! and semua dugaan dan cabaran hidup yang sedang terjadi jugak memberi effect yang hati saya makin sakit dan sedih . sedih sangat. alangkah indahnya dunia kalau hidup kita seperti dalam cerita dongeng :)kalau dulu, bila sedih je, mesti arwah abah akan pujuk.but now? hmm. pujuk diri sendirlah. pakwe tak pujuk ? haish. i takde pakwe you :)hee.tak selesa. biarlah takde pun, takde apa apa effect pun dekat kita kalau takde pakwe.lagipun, saya rasa takselesa bila berpakwe pakwe ni.haha. wahai atiqah, kau memang dasar manusia yang pelik. huhu. kadang kadang bila ada orang menganjing kita takde pakwe ni geram jugak hati ni. macam berdosa je takde pakwe.cett. nothing is wrong bila takde pakwe okay.takpayah nak perli okay semua. tapi kalau takde parents kita, yaaah. itu akan kasi kita kesan yang sangat dasyat! hmm. Ya Allah, kuatkanlah hati ku ini untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan rintangan.Tabahkanlah hati hambamu ini ya Allah.Kuatkan imanku dan berikanlah aku kebahagian didunia dan diakhirat. Amin ya rabbal alamin. doakan kebahagian saya and saya  doakan semoga awok awok semua sentiasa dalam lindungan Allah dan sentiasa hidup dalam kebahagiaan. Aminn :) insyaAllah, kebahagiaan akan hadir dalam hidupku :)

KEHILANGANMU BERAT BAGIKU ~
Wednesday, May 15, 2013 | 0Superstar (s)!

Assalamualaikum. harini saya rasa dah agak bersedia untuk update blog ni. dah lama tak update. you know what ? tahun 2013 ni saya ingatkan saya nak lakarkan banyak memori indah, tapi malangnya tahun ni adalah tahun yang paling menyakitkan,memeritkan hati saya. Ya Allah.! beratnya dugaan ini. ujian ini terlalu berat. berat sangat!tapi saya tahu, Allah takkan uji umatNya diluar kemampuan umatNya. saya tak pernah pun imagine yang saya akan kehilangan seorang pelindung saya, hero saya iaitu Abah saya :( tak sangka dia dah pergi berjumpa pencipta-Nya,, arwah abah pergi dengan mengejut. dia takde buat pun tanda tanda yang dia akan pergi buat selamanya.pada 20 april 2013, pukul 10 lebih pada waktu pagi. sesuatu yang takkan saya lupakan sampai saya mati. pagi tu dia gerakkan saya bangun subuh, then saya nampak dia solat. saya tak pernah imagine yang itu adalah saat terakhirnya. pagi tu dia elok je,sihat je. hantar adik adik pergi main taekwondo,pergi hantar adik main bola. then tolong jiran angkat batu bata, then beli roti canai. lepas dia breakfast dia beli surat khabar.. haaa. time tu lah malaikat maut siap sedia nak cabut nyawa dia. masa dia tengah baca surat khabar, dia pergi lah toilet buang air besar kot sebab dengar orang tarik pam tandas. lepas tu dia baring semula dekat katil.masa tu lah dia muntah . adik saya pun bagitahu lah umi (ibu saya). masa umi sampai tu badan abah dah pun sejuk macam mayat. saya taktahu lagi sebab saya ada dekat bilik saya. umi pn panggil jiran. umi bagilah air untuk dia minum.tapi dia minum dalam 3 sudu je.masa tu saya ada sebab meny datang. masa saya tengok arwah abah, saya dah terkejut sebab tak pernah tengok dia sakit macam tu sekali.masa tu saya dah terfikir abah nak meninggal ke? tapi, saya buang benda tu jauh jauh.taknak fikir bukan bukan.saya pun urut tangan abah .saya terkejut sangat.badan dia sejuk sangat sangat macam air batu .saya tengok kaki dia pun dah menegak dah. tu tanda dia nak pergi buat selamanya.tapi saya taknak percaya benda tu. masa saya urut tangan dia,dia pun pegang tangan saya.Ya Allah, masa tu dah nak nangis. itulah kali terakhir dia pegang tangan saya.saya naik atas jumpa amni ,menangis dekat atas.taknak nangis depan dia. lepastu tiba tiba terdengar orang bunyi riuh rendah dekat bawah.apalagi, masa tu terus lari ke bawah ,then tengok tengok abah tengah nazak :'( masa tu air mata dah tak boleh tahan.saya dah meraung raung panggil dia. lepas tu dia mengucap then pandang kiri sebut Allah, pandang kanan sebut Allah. cikyah dah mintak maaf.umi pun terus minta maaf. lepas umi minta maaf dia pandang umi then dia terus tidur buat selama lamanya.saya taktahu pun sebab masa tu saya  tengok muka dia. tak sanggup tengok dia menahan kesakitan nak dicabutkan nyawa. masa tu saya minta maaf. saya tak sempat pun minta maaf. saya berharap sangat yang dia maafkan saya.datang dalam mimpi dan cakap dia maafkan saya.saya banyak buat salah dekat dia :( masa tu kiteorang ingatkan dia pengsan.seriously, muka dia macam dia tidur hari hari. tunggu ambulance.ambulance lambat gila sampai. masa tu rasa nak baling je kasut dekat driver ambulance.bawak lembap nak mampus ! bila dia sampai, saya happy sangat sebab dapat hantar abah, rawat arwah dekat hospital. tapi ..... orang tu cakap ''kak,nadi dia dah tak berdenyut dah, jantung dia pun dah tak berdegup. mata dia pun dah tak beri reflect/effect dekat cahaya.dia dah takde 15 minit yang lalu'' bila dengar je macam tu, apa lagi dah bulat mata pandang dia.dah menjerit ''hah'' mintak kepastian . then dia angguk. masa tu memang dah menangis tak ingat dunia.umi terus peluk semua anak anak dia.saya dah rasa nak pengsan . masa tu semua yang ada dah menangis. aboh (pengasuh) pun sampai terduduk . lepas peluk umi terus saya pergi dekat amni.bagitahu dia. masa tu saya boleh lagi cakap ''ayah aku hidup lagi.dia tak mati lagi'' biasalah.masa tu saya langsung tak dapat terima hakikat. amni dah panggil ast, dgn kembar. emon pun datang jugak. hmmm.. malam sebelum dia pergi buat selamanya (malam terakhir) , dalam pukul 12 lebih,abah bangun dari tidur pergi dekat saya, then kiteorang sempat lagi berebut remote tv.arwah nak tengok berita,saya nak tengok running man. haha.itulah kenangan terakhir yang paling manis buat saya.malam tu memang saya rasa pelik sebab dia mintak remote pun, dia pandang saya sayu je.sedih je.badan dia pun sejuk dan agak sedikit lembik dari biasa.tapi malas nak fikir bukan bukan. hm rindu nak dia pegang tangan.rindu nak naik motor pagi pagi hantar saya pergi rumah ast. rindu nak berborak dengan dia. rindu nak tengok dia menganjing saya bila kena marah dengan umi. rindu rindu rindu dekat dia pasal semuanya !! hari tu adalah hari yang terakhir dapat tengok muka dia, pegang tangan dia, bercakap dengan dia, cium dia. :''( hm. banyak lagi benda yang saya tak buat dekat dia. even nak balas jasa dia walau sikit pun. tak sempat nak tengok saya ambil spm. tak sempat nak tengok saya belajar dekat universiti, tak sempat nak tengok saya kerja, tak sempat segala galanya !! pemberian terakhir dia untuk saya ialah laptop and spectakle. hm, saya akan jaga pemberian terakhir dia sebaik mungkin.itulah benda paling berharga.sampai sekarang tak tidur pun dalam bilik,masuk dalam bilik tu pun kalau nak ambil barang,tak sanggup woi nak masuk bilik tu. mesti teringat saat saat akhir dia.yelah, dia meninggal dekat rumah,dalam bilik, dia baring masa saat saat terakhir tu pulak dekat tempat umi selalu tidur,,saya tahu umi sedih,tapi dia cuba tunjuk dia kuat sebab nanti saya akan down,anak anak dia akan down.selalu dengar orang cakap be strong tiqah. memang saya nak be a strong girl, but it is very hard to do it !!! very very very hard ! sampai sekarang saya rasa masih berada dalam mimpi. sebuah mimpi yang ngeri. :( rasa macam takpercaya yang saya sudah kehilangan ayah :( tak percaya je yang saya dah jadi anak yatim dalam usia yang masih muda. :| so, siapa yang mempunyai ayah tersangatlah bertuah.hargailah ibubapa korang selagi mereka masih bernyawa.jangan lawan cakap dieorang.dengar cakap dieorang. bila kita hidup tanpa mereka, mesti hidup ni sunyi sangat. sekarang ni saya rasa sunyi sangat. tak pernah rasa sunyi macam ni.rindu macam ni sekali. :(

''PARIS'' Wait For Us Yahh !!!
Sunday, March 24, 2013 | 0Superstar (s)!

PARIS ! We will visit U one day !

hallo wallo ! hehe. tengah bersemangat ni nak tulis blog. update blog sambil dengar lagu 'fantastic baby' BOOMSHAKALAKA !! woooo~ daebak ! (Y) banyak *dreams* yang aku and my "chinggu" ada.. kiteorang nak sangat pergi Paris ! i hope we will reach there :D sebab apa nak pergi Paris ? haaa! nak tahu tak ? salah satunya Paris cantik sangat! besides, Paris kan digelarkan KOTA CINTA !! awww.kan best kalau kiteorang (3S) pergi honeymoon samasama dengan pasangan masing masing.. bhahahaaha ! OMO ! *jauhnya fikir !* :O nak sangat naik Menara Eiffel tu :) jaelous gila bila ada member kiteorang yang dah pergi sana :( kalau dapat sambung belajar dekat sana pun best jugak :P heee~ member aku kata pergi sana ambil masa 2 hari dalam aeroplane ? serious ?! wahhh ! lamanya :O tapi demi Paris,kami sanggup ! dekat sana cuaca sejuk pun sejuk :) boleh main salji bila salji turun nanti ! bestnya !!! i hope we will reach there one day :) AMIN ! *doakan kejayaan kami dan moga moga our dreams tercapai* ::)




Iyelah Alien Kenet ^^

yelah kenet.. tak usik dah nanti ~ okay, i will take care of this blog ^^ dandan je post ''Sorry Kak Robyn'' kenet ni macammmacam lah. btw, suara akak ayu okay. memandai je kata akak suara rock -,- hidup kena friendly.bhahaha ! dan dan hack blog akak -,- saman kang,nak ? hahaha. lawak ? apa yang lawak tahu. haih. kenet ni selalu je ugut akak guna lipas >.< macam dia tak takut lipas. padahal sama sama takut lipas ! buatbuat koya tak takut lipas lah dia ni :P hahaha. tak nak bangga :P nanti kena beli seluar baru sebab terkoyak kalau bangga :P hehehe .. kbaiii alien kenet :) see you soon ! :D
                                                                                                                                                ROBYN   

Sorry kak Robyn ^^
Saturday, March 23, 2013 | 0Superstar (s)!

Ehh jaga blog ni elokelok. Jangan usik apaapa dhhh! Saya bagi lipas nanti :3 anyway, thanks sebab selalu buat saya jadi gila. Hahhaa. Ehh nak tahu something? Suara akak rock wehh xD Hehehe. Akak friendly and lawak ~ Seriously. Hahaha. K jangan bangga sangat. Nanti seluar koyak :3 K baii mama :*

ALIEN KENET


Older Post
THE PRINCESS


Assalamualaikum. Hello! My name is Atiqah. I am a teenager. Wish me luck for SPM 2014 :)

underlined, bold

blockqoute


Diary

THE MASTERMIND!


Template by : Nuraisyah.z
Helped by : Nadya,QistinaandDirah
Basecode : Miss_Hana
Own this blog : Nur Atiqah

Best View at GOOGLE CHROME!